Johor FC Online
       
 
   
 
  9th Sep 2010  
Laman Utama Pemain Pencapaian Pengurusan Berita Penyokong Belajar Bola Pembangunan 
Liga Super 06/07
Piala M'sia 06/07
Pejabat Kelab
Profail Kelab
Pasukan Presiden
 

KataKunci
 

Tajuk Utama: Previu Perlawanan: Kedah vs Johor FC


FOOTBALL FORECAST BERSAMA DIE_HARD_FAN

KEDAH vs JOHOR FC
STADIUM DARUL AMAN
8.45 MALAM



REKOD PERTEMBUNGAN 2009
KEDAH             0
JOHOR FC          0


Semua pasukan dalam Liga Super mengharungi minggu yang padat sepanjang Januari. Minggu ini skuad jolokan Ssang Lebah sekali lagi akan berangkat ke utara tanahair untuk membuat perhitungan dengan Sang Kenari, Kedah Darul Aman. Penyokong Johor FC pastinya meratapi kegagalan anak buah Ramlan Rashid yang gagal mengutip 3 mata penuh setelah mensia-siakan kelebihan gol yang dijaringkan sebagai pendahulu yang dijaringkan oleh Wan Rohaimi Ismail ketika menentang Negeri Sembilan kelmarin. Meskipun menguasai hampir keseluruhan perlawanan ketumpulan jentera bahagian depan memaksa Johor FC berkongsi mata dan Sang Rusa menarik nafas lega.

Perjalanan sejauh 500 km perlu diharungi hujung minggu ini dengan azam meraih 3 mata penuh. Namun begitu, Stadium Darul Aman sentiasa menjanjikan aksi sukar kepada pasukan pelawat dengan kehadiran puluhan ribu penyokong fanatik serta paluan gendang yang sentiasa memecah hening suasana. Kedah pastinya mahu tampil dengan aksi lebih bertenaga setalah dimalukan oleh pasukan tetangga, Perlis.

Kedah sememangnya memiliki tradisi tersendiri dalam bolasepak Malaysia. Ia adalah berkat usaha ALLAYRHAM DATO BASRI MOHD AKIL yang diketahui semenangnya tegas dalam pembangunan bolasepak. Baik pemain tempatan mahupun import, pemain mereka sentiasa menjadi sebutan di serata tanah air. Siapa yang tidak kenal OLUBUNMI ADIGUN, PETER NIEKETEN , THIBOR SZABAN, MARCOS MAGNO , ANDRE LUIS NACIMENTO selain RADHI MAT DIN, MAIZAL HAIRI MARZUKI , LEE KIN HONG dan CHE ZAMBIL AHMAD. Kedah juga pernah mengalami kemerosotan sebelum Azrai khor mencipta satu fenomena dalam dunia bolasepak Kedah.

Tahun lalu, Johor FC boleh dianggap bernasib baik berjaya mengikat Kedah dengan keputusan seri tanpa jaringan. Namun pertembungan hujung minggu menjanjikan aksi yang berbeza setelah AHMAD YUSOF mengambil alih teraju kerusi jurulatih. Johor FC pastinya tidak mahu menerima nasib yang sama dengan pasukan derbynya, Johor yang dibenam 3-0 Sabtu lalu.

Kedah pastinya menagih bisa AZLAN ISMAIL, penyerang profilik kelahiran Kelantan untuk mengegar gawang. Jaringan hatriknya ketika bertemu johor membuktikan kewibawaannya. Pertahanan Kedah yang diterajui VICTOR ANDRAG dan SHAFIZAN HASHIM diakui antara yang paling berdiplin dalam Liga Malaysia. kepulangan MAT SABREE ABU yang pulih dari kecederaan melegakan jurulatih, SHAFIQ JAMAL selaku arkitek di bahagian tengah perlu sentiasa diawasi kerana dia seorang pemain yang cukup bijak melorongkan bola kepada penyerang. Satu-satunya berita gembira buat Johor FC ialah kecederaan berpanjangan yang menimpa KHYRIL MUHAYMIN, namun begitu Kedah masih mempunyai SARAMSAK KRAM sebagai pilihan.

Bagi Johor FC, sikap malu-malu kucing penyerang di depan gawang lawan perlu diatasi segera. 2 gol daripada 2 perlawanan menggambarkan betapa sesuatu perlu dilakukan Ramlan Rashid untuk mengatasi masalah tersebut. Namun dari satu sudut, pujian boleh dilemparkan kepada aksi keseluruhan Johor FC yang mula meningkatkan tahap permainan mereka. Pemain di bahagian benteng perlu mengambil iktibar daripada aksi bertemu Negeri Sembilan sehingga melepaskan 2 mata penting gara-gara terleka di lewat perlawanan.

Perlawanan ini kita akan melihat, adakah Sang Kenari atau Sang Llebah akan terbang tinggi


RAMALAN:   KEDAH 0 - 1 JOHORFC

 

There have been 432 visitors to this site.